
*diceritakan dalam satu kisah, nabi muhammad SAW memiliki seekor kucing yang bernama mueeza.suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, tetiba dilihat mueeza sedang lena tidur diatas jubahnya. kerana tidak mahu menggangu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan tangan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. ketika nabi kembali ke rumah, mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.sebagai balasan nabi mengusap lembut ke badan mueeza sebanyak 3 kali untuk menyatakan kasih sayangnya terhadap mueeza.
*selain itu, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, beliau selalu menggendong mueeza dan diriba di atas pahanya.salah satu sifat mueeza yang digemari beliau ialah mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan azan.
*tidak hanya nabi, malah isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar As Sidiq pun amat menyukai kucing, dan turut merasa kehilangan dikala kucingnya meninggal.
*seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.


No comments:
Post a Comment